TIPS KEDUA
KATA TANYA
Pelajar harus MENGULANGI 7 KATA TANYA yang berikut dalam PERENGGAN ke - 2 , 3 , dan 4 untuk menulis karangan yang lebih panjang. Sekiranya pelajar mampu MEMBINA 1 AYAT untuk setiap KATA TANYA , pelajar dapat menulis lebih banyak ayat dalam karangan pelajar . Walaubagaimanapun , pelajar boleh memilih untuk meggunakan 5 atau 6 KATA TANYA sahaja untuk setiap perenggan mengikut kesesuaian isi penting yang ditulis oleh pelajar.
A.) KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA. ( ISI PENTING > SIKAP PEMANDU )
TIPS 7 KATA TANYA.
- APA BERLAKU = Kes ( kemalangan jalan raya ) di negara kita semakin meningkat.
- BILA BERLAKU = Kes kemalangan jalan raya sering berlaku ( pada musim perayaan. )
- MENGAPA BERLAKU = ( Sikap pemandu ) menjadi punca utama kemalangan jalan raya berlaku.
- BAGAIMANA BERLAKU = Pemandu yang ( memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan )menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku .
- DI MANA BERLAKU = Kemalangan jalan raya sering berlaku ( di lebuh raya dan selekoh-selekoh tajam . )
- BERAPA = Terdapat ( ramai ) panunggang motorsikal yang maut dalam kemalangan jalan raya setiap tahun .
- SIAPA = ( Remaja ) yang terlibat dalam lumba haram motorsikal menyebabkan banyak kes kemalangan jalan raya berlaku .
B.) KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN. ( ISI PENTING > GOTONG-ROYONG )
TIPS 7 KATA TANYA.
- APA BERLAKU = Pada masa kini , ( semangat kejiranan semakin dilupakan ) oleh masyarakat bandar.
- BILA BERLAKU = Semangat kejiranan harus disemai dalam diri setiap kanak-kanak ( sejak dari kecil. )
- MENGAPA BERLAKU = Semangat kejiranan sangat penting untuk ( mewujudkan suasana yang harmoni ) dalam kalangan masyarakat.
- BAGAIMANA BERLAKU = ( Aktiviti gotong-royong ) dapat meningkatkan semangat kejiranan penduduk setempat.
- DI MANA BERLAKU = Aktiviti gotong-royong perlu diadakan ( di kawasan perumahan ) yang padat dengan penduduk.
- BERAPA = ( Semua ) penduduk mesti mengamalkan nilai hormat-menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain .
- SIAPA = ( Jiran ) merupakan orang pertama yang akan menolong kita sekiranya kita menghadapi masalah .
MASA ITU EMAS !!!
JADIKAN MEMBACA HOBI ANDA.