Monday, 7 August 2017

TIPS 2 : CARA MENULIS KARANGAN YANG LEBIH PANJANG. ( PT3 DAN SPM )

Saya akan mengajar tips yang sangat - sangat mudah dalam post saya yang kedua ini. Tips kedua saya ini merupakan sesuatu yang pelajar ketahui tetapi tidak dipraktikkan semasa menulis karangan iaitu KATA TANYA. Pelajar MESTI cuba menggunakan tips KATA TANYA dalam setiap karangan yang pelajar tulis supaya dapat menulis karangan yang lebih panjang . JANGAN hanya menulis KARANGAN SETENGAH MUKASURAT SAHAJA !!!

TIPS KEDUA

KATA TANYA 

Pelajar harus MENGULANGI 7 KATA TANYA yang berikut dalam PERENGGAN ke - 2 , 3 , dan 4 untuk menulis karangan yang lebih panjang. Sekiranya pelajar mampu MEMBINA 1 AYAT untuk setiap KATA TANYA ,  pelajar dapat menulis lebih banyak ayat dalam karangan pelajar . Walaubagaimanapun , pelajar boleh memilih untuk meggunakan 5 atau 6 KATA TANYA sahaja untuk setiap perenggan mengikut kesesuaian isi penting yang ditulis oleh pelajar.

A.) KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA.  ( ISI PENTING > SIKAP PEMANDU )


   TIPS 7 KATA TANYA.
  1. APA BERLAKU = Kes ( kemalangan jalan raya ) di negara kita semakin meningkat.
  2. BILA BERLAKU = Kes kemalangan jalan raya sering berlaku ( pada musim perayaan. ) 
  3. MENGAPA BERLAKU = ( Sikap pemandu ) menjadi punca utama kemalangan jalan raya berlaku. 
  4. BAGAIMANA BERLAKU = Pemandu yang ( memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan )menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku . 
  5. DI MANA BERLAKU = Kemalangan jalan raya sering berlaku ( di lebuh raya dan selekoh-selekoh tajam . )
  6. BERAPA = Terdapat ( ramai ) panunggang motorsikal yang maut dalam kemalangan jalan raya setiap tahun . 
  7. SIAPA = ( Remaja ) yang terlibat dalam lumba haram motorsikal menyebabkan banyak kes kemalangan jalan raya berlaku .
*** INGAT !!! ULANGI 7 KATA TANYA DI ATAS DALAM PERENGGAN KE - 2 , 3 DAN 4 SETIAP KARANGAN ANDA. ***

B.) KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN.  ( ISI PENTING > GOTONG-ROYONG )

   TIPS 7 KATA TANYA. 
  1. APA BERLAKU = Pada masa kini , ( semangat kejiranan semakin dilupakan ) oleh masyarakat bandar. 
  2. BILA BERLAKU = Semangat kejiranan harus disemai dalam diri setiap kanak-kanak ( sejak dari kecil. )  
  3. MENGAPA BERLAKU = Semangat kejiranan sangat penting untuk ( mewujudkan suasana yang harmoni ) dalam kalangan masyarakat. 
  4. BAGAIMANA BERLAKU = ( Aktiviti gotong-royong ) dapat meningkatkan semangat kejiranan penduduk setempat. 
  5. DI MANA BERLAKU = Aktiviti gotong-royong perlu diadakan ( di kawasan perumahan ) yang padat dengan penduduk. 
  6. BERAPA = ( Semua ) penduduk mesti mengamalkan nilai hormat-menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain . 
  7. SIAPA = ( Jiran ) merupakan orang pertama yang akan menolong kita sekiranya kita menghadapi masalah . 
Saya berharap tips-tips saya pada kali ini juga dapat membantu para pelajar untuk menulis karangan yang lebih panjang dan mampu lulus dalam peperiksaan. Sila berikan komen anda tentang tips-tips yang saya ajar ini di dalam kotak putih di bawah ini. Pelajar juga boleh FOLLOW BLOG dan FACEBOOK saya . 

MASA ITU EMAS !!! 
JADIKAN MEMBACA HOBI ANDA. 

No comments:

Post a Comment