Wednesday, 5 July 2017

TIP 1 : CARA UNTUK MENULIS KARANGAN YANG LEBIH PANJANG (PT3 DAN SPM.)

Saya seorang guru tuisyen di rumah. Saya mendapati terdapat ramai pelajar yang menghadapi kesukaran dan ketandusan idea untuk menulis perkataan yang mencukupi untuk setiap karangan peperiksaan PT3 dan SPM. Pelajar harus mengetahui bahawa anda perlu menulis 2 buah karangan bagi setiap peperiksaan Bahasa Melayu dan jumlah markah untuk 2 buah karangan Bahasa Melayu tersebut telah merangkumi sebahagian BESAR daripada JUMLAH KESELURUHAN  markah matapelajaran BahasaMelayu anda. Oleh itu, pelajar harus menulis karangan yang lebih baik agar mendapat markah yang lebih tinggi.

Saya ingin MENGINGATKAN para PELAJAR bahawa anda perlu LULUS MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK MENDAPAT SIJIL SPM. Oleh itu, saya telah berusaha untuk menulis blog ini dan berharap sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk mempelajari cara untuk menulis karangan yang lebih panjang serta mempunyai patah perkataan yang mencukupi .

TINGKATAN 1 - 3 : 180 PATAH PERKATAAN
TINGKATAN 4 - 5 : 350 PATAH PERKATAAN 

CARA-CARA UNTUK MENULIS KARANGAN YANG LEBIH PANJANG. ( PERTAMA )

1 . ) ORANG 
Pelajar harus menulis ORANG di dalam setiap karangan. Pelajar perlu menulis APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH ORANG tersebut mengikut isi penting yang sedang ditulis atau tajuk karangan. Pelajar TIDAK perlu menulis semua kelima-lima orang yang berikut, pelajar hanya perlu memilih 3 atau 4 orang di bawah ini dan menulisnya ke dalam karangan mengikut kemampuan pelajar.

*** SAYA TELAH PADAMKAN CONTOH YANG TELAH DITULIS UNTUK MEMBUAT SEDIKIT PERUBAHAN. ***

Pelajar dapat melihat saya telah memberi contoh dengan menggunakan 5 orang yang tersenarai di atas melalui 2 buah tajuk karangan yang jauh berbeza iaitu ( KARANGAN KEMALANGAN JALAN RAYA  yang merupakan karangan berbentuk masalah ) dan ( KARANGAN SEMANGAT KEJIRANAN yang merupakan karangan biasa. ) Ini dapat membuktikan bahawa 5 orang di atas amat sesuai untuk ditulis dalam pelbagai jenis karangan. Dengan cara ini, pelajar akan dapat menulis lebih banyak perkataan dan karangan anda akan menjadi lebih panjang.

***  USAHA TANGGA KEJAYAAN  ***

JANGAN MALAS MEMBUAT KERJA SEKOLAH !!!

Nantikan post saya yang seterusnya untuk mempelajari lebih banyak tips-tips yang lain tentang cara untuk menulis karangan yang lebih panjang. Saya akan berasa sangat gembira sekiranya mengetahui tips-tips menulis karangan saya ini dapat membantu para pelajar untuk lulus peperiksaan Bahasa Melayu.

1 comment: